APAKAH KEDUDUKAN TERBAIK TAPAK KAKI KETIKA BERJOGING ?

Lebih dikenali dengan panggilan footstrike, adalah satu kedudukan tapak kaki ketika menyentuh tanah. Kebiasaannya, terdapat 3 jenis kedudukan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan manusia. Kedudukan tapak kaki ini menjadi lebih penting ketika anda melakukan aktiviti berjoging kerana ia dapat membantu untuk mengelakkan kecederaan.

Kedudukan pertama ( A ) adalah apabila bahagian tumit terlebih dahulu menyentuh tanah. Boleh dikatakan sebilangan besar pelari menggunakan teknik ini. Disebabkan perkara ini, kebanyakan pengeluar kasut larian akan menggunakan teknologi terbaik di bahagian tumit kasut untuk mengurangkan impak hentakan ketika anda melakukan larian. Kebanyakan pakar berpendapat dengan cara ini dapat mengurangkan tekanan pada bahagian lutut dan pinggul anda.

Kedudukan kedua ( B ) adalah apabila kedudukan tapak kaki berada dalam keadaan rata ketika menyentuh tanah. Kebanyakan pakar berpendapat bahawa ia adalah kedudukan terbaik pelari jarak dekat ataupun jauh serta pemecut. Ini kerana dalam keadaan ini anda dapat mengurangkan regangan sendi dan otot. Selain itu, cara ini juga dapat mengawal keseimbangan badan secara tak langsung akan menambahkan lagi kelajuan larian anda.

Dan terakhir sekali adalah kedudukan ( C ) dimana bahagian depan terlebih dahulu menyentuh tanah. Kebiasaannya kedudukan ini digunakan oleh pelari pecut. Cara ini juga dikatakan tidak bersesuaian untuk digunakan dalam keadaan jarak larian yang jauh.

Kesimpulannya, pakar berpendapat bahawa kedudukan terbaik untuk diamalkan ketika berjoging adalah dengan menggunakan teknik B. Ini kerana kebiasaannya seseorang akan berjoging dengan jarak larian yang agak jauh. Ini dapat mengurangkan risiko daripada kecederaan.

rujukan :- runsociety.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × 2 =