APAKAH KESAN MEMAKAI TOPENG MUKA KETIKA BERJOGING?

Ketika dunia mengalami serangan COVID-19, manusia terpaksa menerima satu norma baru kehidupan. Seperti dalam urusan harian, setiap kali keluar perlu memakai topeng muka, perlu jaga jarak, elakkan bersentuhan, dan pelbagai lagi. Begitu juga dalam penjagaan kesihatan. Kita perlu menjaga kesihatan kerana ia amat penting tetapi dalam masa sama kita perlu juga mengurangkan keberangkalian virus ini berjangkit. Jadi, apakah kesan memakai topeng muka ketika berjoging?

Kesan apabila anda berjoging sambil memakai topeng muka adalah akan mengalami kesukaran untuk bernafas. Ini kerana oksigen yang disalurkan ke paru-paru tidak mencukupi. Selain daripada itu, ia juga akan menyebabkan anda mengalami keletihan lebih cepat dari kebiasaan.

Antara kesan lain adalah apabila anda berjoging sambil memakai topeng muka, akan menyebabkan berpeluh. Kesan peluh yang melekat di topeng muka akan mengurangkan lagi keberkesanan fungsi topeng muka untuk menangkis penularan virus COVID-19 melalui udara.

Kesimpulannya, cara terbaik untuk anda kekal sihat ketika pasca COVID-19 adalah dengan mengamalkan penjarakan sosial. Cuba cari suatu kawasan yang tidak padat dengan orang ramai. Selain itu, cuba elakkan untuk melakukan rutin senaman yang agresif (kasar). Sebagai contoh anda boleh berjalan, berjoging secara perlahan (slow jog) dan paling penting mengetahui kemampuan tubuh badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

13 + eleven =