SISTEM GARMIN DISERANG PLAYBOY RUSIA. TUNTUTAN RM42.5 JUTA OLEH PENGGODAM.

Dijangkakan 10 juta orang didunia terkesan mengalami gangguan teknikal ketika menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh pihak GARMIN sejak 5 hari lalu. Serangan yang dipercayai berpunca dari kumpulan rusia yang diberi gelaran EVIL CORP menjadi dalang utama dalam serangan ini.

GARMIN yang terkenal dikalangan individu yang gemar melakukan aktiviti sukan seperti berlari, berkayuh dan juruterbang dituntut untuk membayar USD 10 juta (rm42.5 juta) oleh penggodam untuk mengembalikan sistem operasi mereka seperti sediakala.

Serangan yang diketuai oleh playboy rusia ( MAKSIM YAKUBETS ) mensasarkan GARMIN sebagai sasaran utama mereka setelah sebelum ini melakukan pelbagai jenayah siber yang melibatkan jutaan ringgit. Bukan sahaja menyerang sistem aplikasi, mereka juga turut menyerang laman sesawang rasmi GARMIN.

Diharap kumpulan teknikal dari pihak GARMIN dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaik mungkin. Ini kerana perkara ini pasti akan merugikan syarikat dan menyebabkan pengguna untuk beralih ke jenama lain.

rujukan :- dailymail.co.uk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

16 − one =