Bagiaktif

Bagiaktif

Kelab Rekreasi Bagiaktif adalah sebuah gerakan yang diwujudkan atas dasar minat yang mendalam terhadap kepelbagaian sukan. Objektif utama penubuhan kelan ini adalah untuk membudayakan sukan didalam kehidupan terutamanya rakyat Malaysia. Selain itu, objektif kelab antaranya seperti berikut.

  • untuk merancang, menganjur dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan program dan sukan rekreasi;
  • untuk menggalakkan penglibatan masyarakat kepada program dan sukan rekreasi bagi membudayakan gaya hidup yang sihat tubuh badan dan fikiran;
  • untuk meningkatkan jati diri dan kerjasama di kalangan ahli bagi melahirkan masyarakat yang aktif; dan
  • untuk bergabung dengan badan perwakilan di peringkat daerah.