Mengunakan konsep yang sama iaitu “dari komuniti untuk komuniti” dari itu tercetus nya idea untuk membangun sebuah komuniti seni mempertahakan diri dan lebih dikenali sebagai Sukan Tinju.
Tujuan utama adalah untuk menarik minat semua tingkat masyarakat tentang kebaikan mempelajari sukan tinju ini, idea asal tercetus apabila melihat individu didalam komuniti larian Bagirunclub ada ahli nya yang mempunyai kepakaran dan kelebihan dalam pelbagai bidang masing masing, dari situ kami mendapatkan jurulatih yang berpengalaman dalam sukan seni mempertahankan diri, di sana kami bermula dengan hanya beberapa orang dan mendapat sokongan dari rakan didalam komuniti Bagirunclub, maka terjadinya satu kelab sukan yang berdaftar dan dikenali sebagai BAGITINJU.
Kami ada membuat satu sesi latihan yang diberi nama “Malam Tinju” dan bertempat di hadapan Stadium Indera Mulia, Ipoh setiap hari selasa pada pukul 8:30 malam.
Diharap dengan usaha ini dapat kami menarik minat anak muda untuk menyalurkan tenaga muda mereka ke tempat yang lebih baik dan dapat menjadikan Malaysia sebuah negara yang kuat daya saing.
“Sangkar Tali Tak Mengubah Si Merpati”
instagram | @bagitinju tiktok | @bagitinju
