Identiti BAGIRUANG

Identiti Bagiruang

Image 1 of 3

BAGIRUANG adalah sebuah eksperimentasi yang bermula dari tahun 2015. Sebuah perjalanan yang panjang dalam kami mencari apakah identiti sebenar bagiruang itu sendiri. Banyak projek yang telah kami cuba lakukan dan ada diantaranya yang berjaya dan juga ada yang gagal. Antara projek yang pernah kami lakukan adalah cuba menjadikan Bagiruang sebagai studio fotografi, working space, ruang untuk vendor berniaga, tetapi semuanya gagal. Tapi kami tidak berhenti dalam memperjuangkan bagiruang.

Sehinggalah pada tahun 2021, Bagiruang mula membina rangkaian komunitinya sendiri iaitu Bagirunclub. Dari situ kami mula sedar sokongan komuniti yang kuat diperlukan untuk merealisasikan matlamat Bagiruang. Bermula saat ini. Bagiruang mekar dengan sendirinya apabila Bagirasa mula ditubuhkan hasil perkenalan dari komuniti Bagirunclub. Perhubungan kami semakin kuat apabila Bagiaktif pula mula ditubuhkan hasil perkongsian rakan komuniti yang meminati dunia sukan.

Ini adalah hasil daripada banyak pihak. Semoga suatu hari nanti Bagiruang mampu menjadi sebuah hub untuk pergerakan komuniti, dan aktiviti untuk belia atau sesiapa sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 − 2 =