Kerjasama antara bagirunclub dan Jabatan Belia Sukan Negeri Perak untuk Traditional Fun Run

Ipoh – Pada 27 MEI 2023 Jabatan Belia Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Olahraga Bagirun telah menganjurkan satu acara traditional fun run sempena PROGRAM AKTIF @ Sukan Tradisional Peringkat negeri Perak. Program ini telah dirasmikan oleh exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan iaitu YB Encik Khairudin bin Abu Hanipah.

Dijangkakan seramai 200 lebih peserta telah memeriahkan program ini. Selain daripada Traditional Fun Run, acara tradisional lain turut dipertandingkan seperti pertandingan batu seremban, menyumpit, pecah belanga, sepak raga bulatan, sukan tradisional untuk atlet kurang upaya dan pelbagai lagi.

Diharap program ini dapat diteruskan lagi pada tahun mendatang agar sukan dapat dijadikan budaya kepada rakyat malaysia khususnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × five =