Evolusi

Dari perspektif aku, Bagiruang adalah suatu evolusi. Dari nama yang dapat sangat random iaitu hasil gabungan BAdang dan GIG.IPH maka terhasillah Bagiruang. Bila ada yang bertanya serius susah untuk aku terangkan sebab ini merupakan evolusi kami mencari identiti.

Dan kami terus berevolusi, dari sebuah gerakan yang berteraskan event islamic, ke event anak muda dan sekarang ke arena sukan. Itu adalah perjalanan kami dalam mencari sebuah identiti. Jika ditanya apa perancangan seterusnya untuk bagiruang? serius aku tiada jawapan dan aku akan biarkan ia berevolusi seadanya dan secara semulajadi.

Aku menganggap BAGIRUANG adalah hanya sebuah ekspresi atau eksperimentasi. Sesuatu yang tidak rigid kepada objektif penubuhannya, dan sentiasa berani untuk berevolusi mengikut situasinya. Apa yang pasti aku mengharapkan nama Bagiruang akan terus mekar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + thirteen =