Komuniti dan teknologi

Zaman kini adalah merupakan satu zaman yang perlu di hubung kaitkan dengan teknologi dalam memastikan sesuatu gerakan itu kekal relevan dan berdaya saing. Begitu juga dalam pembangunan sesebuah komuniti. Menyedari akan pentingnya sesebuah teknologi itu, bagirunclub serius untuk ke arah membangunkan satu teknologi yang dapat membantu para pelari untuk lebih konsisten dalam larian mereka.

Motivasi bukanlah sesuatu yang selalu ada di minda para pelari. Terkadang ada hari yang terlalu malas untuk kita melakukan larian. Dengan mewujudkan satu suasana persaingan secara virtual, ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan motivasi pelari untuk menambah jarak larian. Selain itu, sesuatu imbuhan juga mungkin dapat diberikan kepada para pelari untuk memberikan semangat kepada mereka. Bagirunclub akan cuba mencari penaja yang berminat untuk bekerjasama dalam projek ini.

Buat masa ini, bagirunclub hanya akan memfokuskan kepada bagaimana untuk membantu menambah motivasi kepada pelari. Dari semasa ke semasa, kami akan cuba mengkaji keperluan para pelari yang mungkin ciri tersebut akan dimasukkan kedalam teknologi tersebut. Kami berharap gerakan ini mendapat sokongan sepenuhnya dari ahli bagirunclub. Bagi kami ruang untuk cuba membangunkan suatu teknologi yang dapat memberi satu nilai tambah untuk komuniti larian. Maklumbalas dari komuniti adalah sangat penting untuk kami. Ayuh sama-sama untuk kita “Terbang Tinggi”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nineteen − 10 =