Light The Night 7

video oleh hadib

8 Mei 2021 (Sabtu)

  • Semua sukarelawan yang menyertai berkumpul untuk taklimat dan persiapan kuih raya serta Solat Asar berjemaah di Bagiruang Ipoh.
  • Bergerak ke gerai Roti John Abg Din di Taman Mewah, Pengkalan Pegoh bagi sesi edaran makanan berbuka puasa kepada orang ramai di kawasan tersebut dan di Bazar Ramadan Medan Gopeng. Disamping memberi makanan bebuka puasa kepada orang ramai, LTN7 secara tidak langsung membantu Abg Din yang berniaga roti john secara kecil-kecilan.
  • Selepas berbuka puasa dan solat magrib, LTN7 bergerak ke plaza tol simpang pulai dan plaza tol Ipoh selatan bagi sesi edaran kuih raya yang dihasilkan oleh Sherpoy & The Kulkids iaitu kukis(cookies) hasil tangan anak-anak istimewa yang mana ada diantaranya bisu, pekak, autism dan slow learner . Edaran kukis ini adalah kepada petugas-petugas Frontliner (polis) di Sekatan Jalan Raya (SJR) di dua plaza tol ini. Disamping menyumbang kepada frontliners, LTN7 secara tidak langsung menyumbang kepada anak-anak istimewa.
  • Seterusnya team LTN7 bergerak ke rumah anak yatim Baitul Mubaroqah di Ampang bagi menyampaikan duit raya dan sumbangan kepada rumah tersebut yang mempunyai 18 orang anak yatim.
  • Seterusnya team LTN7 terus bergerak ke rumah anak yatim di Bandar Cyber, Ipoh bagi menyampaikan duit raya kepada 21 orang anak yatim di sana dan juga sumbangan kepada rumah tersebut.

9 Mei 2021 (Ahad)

  • LTN7 mengunjungi sebuah kedai gunting rambut (barber) di Kampung Manjoi, Ipoh bagi sesi gunting rambut percuma kepada anak yatim dan anak-anak asnaf di sekitar Kg manjoi. Disamping memberikan pekhidmatan gunting rambut percuma kepada anak-anak yang kurang kemampuan, LTN7 secara tidak langsung membantu kedai gunting rambut tersebut berikutan impak pandemik yang melanda negara Ketika ini.
  • LTN7 turut membantu peniaga milo ais botol yang beroperasi di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh. Sebanyak 30 botol telah dibeli dan disumbangkan kepada orang ramai untuk berbuka puasa.
  • LTN7 turut menyerahkan sumbangan kepada NGO Persatuan Budak Bus Stand Ipoh (Big Bro) yang merupakan antara NGO yang giat membantu golongan yang memerlukan di sekitar bandar Ipoh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × five =