#sihatpkp kerjasama antara @twtjogging dan @bagiruang.

Melihat keadaan semasa pandemik COVID-19 berada pada tahap yang membimbangkan. Dengan kes baru harian yang mencecah lebih daripada enam ribu kes positif, ia bukanlah sesuatu yang boleh kita pandang ringan. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan bermula 1 JUN sehingga 14 JUN 2021 sebagai satu usaha kerajaan untuk membendung wabak ini. Diharap langkah ini dapat membantu mengurangkan kes positif dan membuatkan Malaysia sihat semula.

Sedar akan tempoh PKP yang akan dijalankan selama 2 minggu, dimana sebahagian besar rakyat Malaysia perlu duduk dirumah, @twtjogging dan @bagiruang mengambil inisiatif untuk membuat kempen #sihatpkp dimana kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia untuk tetap menjaga kesihatan walau dalam tempoh PKP. Ini kerana kami yakin, dengan kondisi kesihatan yang baik, ia sekurang-kurangnya dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan wabak ini.

Diharap kempen ini mendapat sambutan yang baik di kalangan rakyat Malaysia. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu gunakan hashtag #sihatpkp dan tag @twtjogging dan @bagiruang tentang gambar atau video aktiviti senaman anda dalam tempoh PKP. Kemudian kami akan retweet post tersebut untuk memberi motivasi kepada pengikut kami yang lain untuk turut bersenam. Proses ini akan berulang sehinggalah tempoh PKP tamat.

Dan akhir sekali, semua gambar atau video yang anda kongsikan akan disatukan dalam bentuk video untuk tontonan kita semua. Buat masa ini, kempen ini hanya difokuskan di platform TWITTER sahaja. Pihak @bagiruang juga turut menyediakan hadiah misteri untuk sesiapa yang bertuah menyertai kempen ini. Ayuh sertai kempen #sihatpkp sebagai tanda sokongan untuk kita terus mengamalkan gaya hidup sihat walaupun dalam tempoh PKP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + 12 =