Ultraboost 20 adalah merupakan kasut keluaran jenama terkenal ADIDAS. Ia adalah model kasut premium di bawah segmen larian. Mula diperkenalkan pada tahun 2015, ia merupakan kasut dengan teknologi terbaik yang memfokuskan untuk kegunaan pelari yang pernah dikeluarkan oleh mereka. Untuk tahun 2020, adidas telah mengambil beberapa langkah tetapi tidak terlalu drastik untuk menaiktaraf kasut ultraboost 19 ke ultraboost 20.

Pada bahagian tapak, adidas telah berkerjasama dengan syarikat terkenal dengan pembuatan getah iaitu CONTINENTAL. Tidak dinafikan memang tiada masalah cengkaman kasut untuk pelari berlari di mana-mana permukaan. Selain itu, tapak ultraboost 20 juga sukar untuk haus jika dibandingkan dengan tapak kasut yang lain.

Antara sebab lain ia menjadi pilihan pelari adalah teknologi sulaman (primeknit) yang diperkenalkan oleh adidas. Ruang pengudaraan yang banyak membuatkan kaki anda lebih selesa ketika menyarung kasut ini.

Dan sebab terakhir dan merupakan sebab utama kenapa kasut ini menjadi pilihan adalah disebabkan teknologi boost pada bahagian utama tapak kasut ini. Ia seakan gabus yang diolah menjadi tapak kasut yang menjadi peranan utama dalam menyerap tekanan ketika seseorang berlari. Teknologi ini juga merupakan kunci utama kepada kejayaan kasut ini menjadi pilihan dikalangan para pelari.

Namun ultraboost 20 juga mempunyai kekurangan yang tidak dapat dielakkan. Setelah mencuba sendiri kasut ini selama seminggu, didapati pada bahagian atas (lidah kasut) tidak sesuai untuk sesiapa yang gemar memakai stokin pendek dibawah buku laki. Geseran antara lidah kasut dan kaki mudah terjadi dan akan menyebabkan bahagian atas kaki melecet. Dinasihatkan untuk anda memakai stokin yang lebih panjang melebihi buku lali. Selain itu, harga untuk sepasang ultraboost 20 juga boleh dikatakan agak tinggi. Anda mempunyai pelbagai lagi pilihan kasut yang lain di bawah tanda harga kasut ultraboost 20.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 + 18 =