MENGAPA KADAR DEGUPAN JANTUNG (HEART RATE) PENTING UNTUK PELARI?

Apabila kita sudah mula menceburkan diri dalam aktiviti larian, pasti kita akan mendengar terma kadar degupan jantung (heart rate) di kalangan pelari. Pasti anda akan terpinga-pinga ketika mendengar terma ini untuk pertama kali. Mengapa terma ini sering disebut oleh pelari terutamanya yang telah lama menceburkan diri dalam aktiviti larian. Di sini saya cuba akan terangkan mengikut fahaman yang lebih mudah.

Kadar degupan jantung ( heart rate ) penting dikalangan pelari adalah kerana ia sebagai suatu tanda aras sama ada senaman yang anda lakukan adalah cukup atau terlebih berbanding keupayaan sebenar kemampuan tubuh anda. Ini adalah untuk mendapatkan faedah yang maksimum ketika melakukan senaman. Sebagai contoh, sekiranya ingin kurus, adakah senaman yang anda lakukan cukup untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

Perkara pertama sekali, untuk mengamalkan cara ini adalah anda perlu mengetahui kadar degupan jantung anda ketika rehat. Cara terbaik adalah dengan mengira kadar degupan jantung pada waktu pagi sebaik sahaja anda bangun tidur. Unit yang digunakan untuk kiraan ini adalah dengan mengira jumlah degupan jantung untuk seminit (beat per minute). Anda boleh menggunakan jam pintar yang mempunyai fungsi untuk mengira kadar degupan jantung, ataupun dengan menggunakan cara manual ( kebiasaannya tidak terlalu tepat tetapi masih boleh digunapakai )

Untuk cara manual, anda hanya perlu mengira kadar degupan nadi selama 30 saat, selepas itu darabkan jumlah tadi dengan 2 untuk mendapatkan jumlah untuk seminit. Lakukan pada waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Itulah kadar degupan jantung anda ketika waktu rehat.

Kemudian apabila anda sudah mendapatkan kadar degupan jantung pada waktu rehat, apabila melakukan senaman cuba tingkatkan lagi kadar degupan jantung itu ke tahap 50% – 85%. Sebagai contoh, sekiranya kadar degupan jantung anda pada waktu rehat adalah 80 per minit, cuba naikkan sebanyak 50% ketika senaman, iaitu sebanyak 120 per minit. Ini bermakna anda telah mencapai 50% keberkesanan dalam melakukan senaman.

Di ingatkan bahawa setiap orang mempunyai ketahanan tubuh yang berbeza-beza. Ia turut dipengaruhi oleh faktor usia, pemakanan dan juga ubat-ubatan lain yang diambil. Anda di nasihatkan untuk mendapat pendapat pakar sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai cara ini. Apa yang lebih penting adalah anda terus kekal bersenam!

sumber rujukan :- heart.org

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × 3 =