Kempen kesedaran STROK sedunia anjuran #kengkawanproject dan HPUPM.

Virtual Run 2021 yang julung kali dianjurkan ini, menggabungkan Kengkawan Project, Hospital Pengajar UPM dan rakan strategik dari Ipoh, Bagiruang & Ipoh Alternatif

VR 2021 ini bertujuan mengumpul dana buat pesakit strok yang kurang mampu untuk mendapatkan rawatan di Hospital Pengajar HPUPM.

RES-Q run 2021

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya tentang penyakit ini. Antara usaha yang telah dilakukan oleh Kengkawanproject untuk memberikan kesedaran adalah bualbicara secara langsung bertajuk “Cegah dan Rawat” bersama Dr Loh Wei Chao (pakar perubatan UPM).

sesi bualbicara bersama Dr Loh Wei Chao

Dan akhir sekali, Kengkawanproject dan HPUPM turut bercadang untuk menganjurkan lagi beberapa acara untuk menyebarkan lagi kempen kesedaran ini kesemua lapisan masyarakat.

Diharap kempen ini mencapai objektif dan nantikan beberapa acara misteri yang akan dimaklumkan kelak. Untuk info terkini boleh ikuti laman media sosial terkini Kengkawanproject, HPUPM, dan juga Bagiruang.

Pendaftaran akan dibuka pada 7/6 dan anda boleh layari www.bagievent.com untuk mendaftar.

Ayuh! Siapa tahu, anda telah menyelamatkan nyawa seseorang!

#ResQRun2021 #StrokeAwareness #MyResQRun #KengkawanProject #HPUPM #UPM #Bagiruang #IpohAlternatif #WorldStrokeMonth2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ten + nine =