#MYRUNSTART adalah satu inisiatif atau usaha daripada pihak bagiruang untuk menaikkan kembali rutin larian di kalangan masyarakat terutamanya di MALAYSIA. Ianya merupakan satu kempen acara larian, yang bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelari lain, untuk turut menyertai kempen ini.

Konsepnya sangat mudah, anda hanya perlu untuk menggunakan hashtag #MYRUNSTART dan tag bagiruang di media sosial seperti instagram, facebook, twitter atau group telegram kami. Gambar yang anda kongsikan, pihak kami akan post di laman rasmi instagram dan facebook pages bagiruang dengan harapan dapat memotivasikan pengikut media sosial kami yang lain untuk turut memberi sokongan kepada kempen ini.

Selain daripada itu, kami juga telah menyediakan satu sistem di bagievent.com untuk anda memuatnaik prestasi larian anda. Maklumat yang anda berikan kami akan susun mengikut kedudukan (ranking) bersama peserta lain yang turut serta menyokong kempen ini. Anda boleh turut melihat prestasi terkini rakan anda yang lain.

Diharap kempen ini mendapat sokongan daripada anda terutamanya pencinta larian. Let’s ” MAKE MALAYSIA RUN AGAIN”. Berminat untuk menyertai group telegram kami, anda boleh klik disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight + seven =